Ilmu


Beramal dan Menyampaikan


Thursday, December 12, 2013

10 cara nak move on!!!!!!!!!!!!!!!!!!

10 Cara nak move on.

Ngeh ngeh. Ramai pulak setuju tajuk entry aku. Okay straight to the point. Kalau nak move on ni, especially daripada manusia, yg dump kan korang kan. Kalau manusia susah nak move on katanya. Ni antara steps yg kau boleh praktik kan.

Benci dia.
            Kenapa kau nak move on? Sbb die dah tak nak kat kau kan? So, kau benci die. Benci dia sbb dia tinggalkan kau. Benci dia sbb dia sia sia kan kau. Benci dia sbb die bodohkan kau. Senang kan nak benci org? cara nak membenci? Kau ingat balik apa benda kejam yg dia buat pada kau. Easy. Lama lama, kau akan dah sebati dgn perasaan tu, so, kau pon dah tak kisah dgn dia.


  Buang semua gambar dia.
            Buat apa nak simpan gambar org yg kau benci. Loya. Meluat. Delete semua gambar dia. Kalau korang ada gambar sesama, and muka kau nampak lawa kat gambar tu, crop. Haha delete semua nombor tepon dia, mak abah kakak abg dia. SEMUA.


Block semua social websites.
            Org kata tak macho lah kan kalau block facebook twitter semua. Kau nak dengar ckp org ke nak dgar ckp hati? Block semua facebook, twitter, whatsapp, instagram, wechat, line, keek, segala social website yg kau friend dgn dia. Setel.


Elak kawan kawan dia.
            Elak dari bercakap atau berborak dgn kawan kawan dia. Kalau kau berborak dgn kawan kawan dia mesti akan terpacul punya lah soalan pasal dia. Kan? So, elak kan. Kalau perlu, sila block kawan dia jugak. Takut kau sibuk stalk. Aha tapi tak digalakkan sebab tak baik memutuskan hubungan silaturahim. okay?


Buang semua hadiah dia bagi.
             Apa dia bagi kat kau, sila dermakan kepada org yg memerlukan. Kalau nak lagi tragik, kau letak depan rumah dia. Kau kumpulkan semua dalam plastic sampah warna hitam tu, kau letak depan rumah dia. Kalau pos mahal. Kau hantar sendiri. SEMUA. Kalau dia bagi kau rantai emas, cincin emas, gelang emas, sila jangan jadi bodoh. Pergi kedai pajak, kau pajakkan semua tu, then pergi shopping.




 Jangan bersedih.
            Buat apa nak bersedih? Step pertama tadi kau dah benci dia. So, jangan buang masa untuk bersedih. Sbb ramai lagi orang nak kat kau. Don’t waste your time okay baby. Sila explore dan observe keadaan sekeliling berapa ramai yg tergilakan kau. Kalau takde org suka kau? Sila ke next step.


Jadikan diri anda digilai ramai.
            Haa bagus tips ni. Aku suka. Selain dari nak buat dia menyesal sbb dump kau, ni jugak boleh jd salah satu cabaran utk diri kau. Kalau selama ni gemuk, kau kuruskan badan. Selama ni result so-so je, kau study hard. Kalau selama ni selebet, sila groom diri anda. Selama ni pasif, sila join aktiviti. Bagus utk masa depan! I like!


 Ubah cara hidup.
             Kalau selama ni sebelum tidur, kene gayut lebiu lebiu, apa kata kau baca novel. Buat satu perkara yg kau suka. Cari hobi. So, dengan buat perkara yg kau suka, kau tak akan bazir masa dok teringat kat dia. Kalau suka dengar lagu, jangan dengar lagu sedih. Dengar lagu fuckin perfect-pink. Dengar lagu yg boleh naik kan semangat tu.


 Kawan dengan semua orang.
            Jangan asingkan diri. Campur dengan semua orang, semua kawan2. Mana tahu dalam dok berkawan, tetiba ada tersangkut memana. Ahaks. Goodluck hunting!


Lastly, be yourself.
            Maksud aku utk yg ni ialah, kalau kau nak nangis, sila nangis. Jangan plastic. Kalau ada kawan yg kau percaya, ceritakan kat dia. TAPI!! Jangan melayan sangat perasaan sedih tu. Nnt rabaaaakkkkkk mata asyik menangis je. Menangis boleh hilangkan stress. Tapi apa guna nangis untuk org yg tak hargai kita? Baik kita kenang dosa silam, dan menangis taubat. Okay?

Goodluck! Kalau rasa need someone to talk, feel free to talk to me! :D







Tuesday, October 30, 2012

terakhir kali.

assalamualaikum! :D


yeay..malam ni boleh berblog sebab line internet malam ni tetiba laju tanpa sebab diketahui..hihi so, aku nak merepek kat sini.

sebenarnya aku dah boring nak tulis operation again and again.


Jumaat lepas, 28/9/2012, aku undergo lagi satu operation and InsyaAllah ni untuk terakhir kali nya. sebab aku dah tak mampu and tak de daya dah nak lalui semua bende tu. penat. penat tau kene bius banyak2 kali. x-ray banyak2 kali.. scan banyak2 kali.. semua tu radiation.. :(  tercemar seluruh sistem badan..


Khamis pagi tu aku dah warded. menunggu nak operation Jumaat pagi tu pukul 9am kata nya. case yang pertama pada hari tu. normally, first case ni operation besar besaran. eh, case yg besar lah kiranya. lepas 3 bulan aku pakai halovest, tapi tak menjadi,tulang tak nak join,terpaksa lah buat operation. operation ni buat di Hospita Tengku Ampuan Afzan, (Kuantan General Hospital). so, yang akan conduct operation ni ialah doc lain.. Sir Zamzuri from UIA. beliau pakar tulang belakang, (spine surgeon).


lepas ade perbincangan antara kami, die ceritakan sikit tentang operation ni. actually, ada banyak cara yang boleh buat untuk orang patah leher ni. tapi kalau patah mcm aku punye, mmg tak de cara lain, operation je. kalau tak nak buat operation pun boleh, tapi nanti lama2 tulang belakang akan jadi tak stable lah.. kesan die jangka amsa panjang.. so, die akan masukkan screw dalam leher aku. doctor yang di KSH cakap die nak amek tulang peha aku, tapi Sir Zam ni, just masukkan screw 2 inci saja.


mereka akan belah kat leher aku.. mmg tinggi risiko die.. sebab kat leher tu lah tempat nak menelan (oesophagus), situ lah ada urat leher tempat lalu darah and tempat bernafas, related to nadi. bahaya tahu. doctor siap pesan, "kalau ada apa2 jadi pada awak masa operation, kami akan berhenti serta merta..especially non stop bleeding.."


*gulp gulp* hahaha tawakal saje lah.. Sir Zam ni tak pernah buat case mcm aku punya, so beliau panggil kawan beliau dari Kota Bharu yang juga merupakan spine surgeon. now, aku ade dua pakar untuk kerjakan leher aku.


pukul 7am aku dah bangun untuk bersiap. pukul 8am masuk bilik pembedahan, sebelum pembedahan tu, diorang bukak halovest yang aku pakai selama 3bulan ni.. bayangkan berapa ramai yang duduk keliling aku sbb dorang tak pernah tengok and tak pernah belajar pon pasal ni.. somehow aku rasa rimas and malu.. tapi bila fikir balik, why not aku sedekahkan je untuk diorang belajar.. insyaallah nnt boleh tolong orang lain pulak kan.. insyaallah..


lepas dibuka halovest tu, ringan nyeeeeeeeeeee kepala. tak terkata. sebak kot.ahaha then terus berbaring, dibius guna gas and cucuk, terus tertido.. sebelum tu mmg dah mengucap banyak2, dah selawat banyak2.. mmg tawakal beserah sajalah pada Allah. Dia Maha Mengetahui..


pembedahan kali ni mmg lama. 7jam secara total. 5jam mereka bertungkus lumus nak masukkan screw dua inci dalam leher aku, di mana tempat nya tersangat lah sempit,sukar dan kritikal. 2jam aku amek amsa untuk sedar.. part nak sedar tu mmg menagis lah aku.. akak nurse kiri kanan telinga dok memekik.. "farah, farah, bangun. farah...bangun" .. sampai satu masa aku sedar, aku dengar diorang panggil nama aku.. TAPI, aku tak boleh buka mata, tak boleh bercakap dan tak boleh bergerak. LANSUNG TAK BOLEH.. masa tu dah fikir.. 'adakah aku koma?" aku mmg suke fikir negatif kan? :(


tapi,alhamdulillah, Allah Maha Besar, aku sedar.. and ditolak keluar dari bilik pembedahan..tidur tidur tidur.. everytime aku sedar, sakit kat tekak tersangat perit tak terkata.. nak telan air liur kene fikir sepuluh kali then baru boleh teruskan hajat..mmg sakit..sbb dorang rodok masuk tekak aku kan..sakit sangat..almost seminggu lah aku tanggung sakit tu.. leher aku takde masalah..alhamdulillah..


eh eh youolls, diorang bagi aku ubat tahan sakit apa tau....... MORPHINE. HAHAHAHAHAHA aku dapat morphine..serious tak percaya.. so,dorang cucuk wayar tu kat somewhere into my hand, and every 5minutes kalau aku sakit,aku just picit that button.. morphine yang aku dapat tak buat aku mabuk atau berada di awangan..cume buat hilang sakit and mengantuk.. tu tak syok..sbb aku expect ubat tahan sakit yang boleh buat aku mabuk..hahaha ketagih dah aku ni haaaaa..


dalam masa beberapa hari lepas operation tu, dengan wayar kencing, wayar ubat tahan sakit, wayar kat leher untuk keluarkan darah kotor and wayar masuk air.. mmg berbelit2 kat tubuh.. semua aku tak kisah kecuali wayar kencing..benci betei wayar kencing..haha sakit wwoooooo.. ngilu tahuu..hahahahahaha so,lepas aku sedar tu,aku terus nak bukak wayar kencing tu.. aku gigih berusaha untuk angkat punggung aku semata2 nak yakinkan mereka yang aku tak perlukan wayar tu.. semangat kene kuat korang..alhamdulillah i did it.. ;)


aku stay kat ward orthopedic kelas 3..tapi dalam bilik.. sampai lah ada sorang tu sakit kritikal, doctor pun suruh aku pindah ward kelas 1.. takut infection katanya..so, aku pun dipindahkan la di ward kelas satu sebelah ward diraja kat tingkat 8..tinggi tahu..haaa kuman2 semua tak mampu terbang naik atas.. selamat sikit..


and aku rasa itu sahaja tentang operation yang aku nak tulis.. alhamdulillah.. terima kasih untuk semua yang mendoakan.. thanks sangat.. semoga Allah membalas segala doa kamu semua.. :)


nak masukkan gambar x-ray yang nampak screw tu.. tapi xray semua doctor pegang.insyaallah kalau ade rezeki, 28 November nnt aku masukkan.. :DD siapa seriau, please jangan tengok..aku tak bertanggungjawab atas jantung korang..hahahah




me, now. :)




hidung bertanda macam kucing. hihi sekarang dalam usaha untuk melembutkan kaki.. caranya: berjalan dari shopping complex ke shopping complex yang lain.. :pp

dan jugak nak hilangkan parut kucing kat hidung tu, gunakaln DERMATIX. insyaallah.. sangat berkesan..

dan juga dalam usaha mengekal berat badan..kihkihkih :DD

yang aku pakai sekarang tu nama dia Philadelphia collar neck.. insyaallah kene pakai selama 6minggu dan waktu itu insyaallah akan berakhir pada 28 November 2011 ini.. insyaallah..




post seterusnya aku nak ceritakan tentang perkara gigi.. hihihihihi bye semuaaaa.. mahu tidur sudah.. assalamualaikum.. :)








Sunday, September 16, 2012

harapan aku musnah.



assalamualaikum.. :)

aku nak terus bercerita sementara line tengah pantas. 


semalam, 15 September 2012, pagi. aku ade temujanji dengan doktor yg merawat leher aku kat Specialist Hospital Alor Akar, Kuantan. aku punya eksaited jangan cerita.. sebab dah 3 bulan..so, aku berharap sangat besi halovest yang aku pakai selama 3 bulan ni, boleh bukak and gantikan dengan collar neck.. 


sesampai sana, aku pon masuk untuk buat CT scan. yang baring, then masuk dalam bende bulat tu.. scary tau.hahah :p sementara tunggu report siap, kami pergi makan makan jap kat cafe bawah tu.. lepak lepak je.. andddddd..yesss..report dah siap.. *harapan menggunung*


tiba-tiba......






"farah. tulang awak tak join lagi.. kite kene buat operation lah...."


tahu tak perasaan aku bila doctor cakap mcm tu? haihhhh.. aku tahan kan saje air mata aku..haha aku jiwa kental kan. mana boleh nangis di public. LOL 


setelah 3 bulan aku tahan beban, aku pikul beban atas kepala aku, dalam hati aku, and hari tu, doctor hancurkan harapan aku. sehancur hancur nya.. 


operation yang aku kene lalui tu gambaran die doctor cakap serba sedikit.. so, aku tak boleh nak ulas banyak sebab aku pon tahu sikit je. tapi aku ceritakan lah jugak..


leher aku patah bahagian c2, c3. so, masa aku accident mula-mula tu, doc bagi aku pilihan. nak buat operation atau pakai halovest. masa tu ayah ada, so, ayah suruh pakai halovest sebab operation tu risiko die tinggi sangat. aku ikutkan saje.


tapi lepas 3 bulan...............tak jugak elok-elok dan terpaksa aku buat operation....


nama operation yang akan di"conduct" ini ialah GALLIE FUSION. operation tu nanti macam ni, doctor akan amek tulang peha aku sikit, then die akan jadikan tulang tu sebagai plate dan ikat guna wire cabel.. dia akan ikat kat tulang leher aku.. so that, tulang yang patah dua tu, akan join balik..biar dia jadi rapat..


risiko die?  yang konon-konon aku cakap tinggi melangit tu? tak banyak. dua je. haha mati, atau lumpuh.. and sembuh.. 


memandangkan tulang leher c2 and c3 ni dekat sangat dengan saraf tunjang, mama tanya doctor.. "kalau operate ni, ade risiko untuk kene saraf jugak ke?" 


and doctor cakap...."kita tak boleh la cakap takde..risiko tu mmg ada"


apa perasaan kau????!!!  semalam aku dah baca sikit pasal operation ni.. dia kata, masa operation tu nanti mungkin boleh over flow blood loss. aku sebak doe.. haha


aku mcm dah tak de pilihan lain. aku terpaksa terima. so, korang yang baca ni, aku mohon doakan yang terbaik untuk aku.. aku tak sedia lagi nak pergi. aku tak berani.


insyaallah lepas ni kalau sempat, aku nak update tentang hidup bersama halovest. share sikit pengalaman aku hidup macam ni.. 


hmm thanks for reading! :)


p/s: sekarang mama aku tengah busy dapatkan second opinion dari doctors lain.. doakan yang terbaik yea.  <3