Ilmu


Beramal dan Menyampaikan


Sunday, September 16, 2012

harapan aku musnah.



assalamualaikum.. :)

aku nak terus bercerita sementara line tengah pantas. 


semalam, 15 September 2012, pagi. aku ade temujanji dengan doktor yg merawat leher aku kat Specialist Hospital Alor Akar, Kuantan. aku punya eksaited jangan cerita.. sebab dah 3 bulan..so, aku berharap sangat besi halovest yang aku pakai selama 3 bulan ni, boleh bukak and gantikan dengan collar neck.. 


sesampai sana, aku pon masuk untuk buat CT scan. yang baring, then masuk dalam bende bulat tu.. scary tau.hahah :p sementara tunggu report siap, kami pergi makan makan jap kat cafe bawah tu.. lepak lepak je.. andddddd..yesss..report dah siap.. *harapan menggunung*


tiba-tiba......






"farah. tulang awak tak join lagi.. kite kene buat operation lah...."


tahu tak perasaan aku bila doctor cakap mcm tu? haihhhh.. aku tahan kan saje air mata aku..haha aku jiwa kental kan. mana boleh nangis di public. LOL 


setelah 3 bulan aku tahan beban, aku pikul beban atas kepala aku, dalam hati aku, and hari tu, doctor hancurkan harapan aku. sehancur hancur nya.. 


operation yang aku kene lalui tu gambaran die doctor cakap serba sedikit.. so, aku tak boleh nak ulas banyak sebab aku pon tahu sikit je. tapi aku ceritakan lah jugak..


leher aku patah bahagian c2, c3. so, masa aku accident mula-mula tu, doc bagi aku pilihan. nak buat operation atau pakai halovest. masa tu ayah ada, so, ayah suruh pakai halovest sebab operation tu risiko die tinggi sangat. aku ikutkan saje.


tapi lepas 3 bulan...............tak jugak elok-elok dan terpaksa aku buat operation....


nama operation yang akan di"conduct" ini ialah GALLIE FUSION. operation tu nanti macam ni, doctor akan amek tulang peha aku sikit, then die akan jadikan tulang tu sebagai plate dan ikat guna wire cabel.. dia akan ikat kat tulang leher aku.. so that, tulang yang patah dua tu, akan join balik..biar dia jadi rapat..


risiko die?  yang konon-konon aku cakap tinggi melangit tu? tak banyak. dua je. haha mati, atau lumpuh.. and sembuh.. 


memandangkan tulang leher c2 and c3 ni dekat sangat dengan saraf tunjang, mama tanya doctor.. "kalau operate ni, ade risiko untuk kene saraf jugak ke?" 


and doctor cakap...."kita tak boleh la cakap takde..risiko tu mmg ada"


apa perasaan kau????!!!  semalam aku dah baca sikit pasal operation ni.. dia kata, masa operation tu nanti mungkin boleh over flow blood loss. aku sebak doe.. haha


aku mcm dah tak de pilihan lain. aku terpaksa terima. so, korang yang baca ni, aku mohon doakan yang terbaik untuk aku.. aku tak sedia lagi nak pergi. aku tak berani.


insyaallah lepas ni kalau sempat, aku nak update tentang hidup bersama halovest. share sikit pengalaman aku hidup macam ni.. 


hmm thanks for reading! :)


p/s: sekarang mama aku tengah busy dapatkan second opinion dari doctors lain.. doakan yang terbaik yea.  <3


3 comments:

Miera said...

salam. farah, be strong... kitorang sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang berkusa menentukan hidup kita. insyaAllah. strong k?

Nur Ezzati Aida Mahat said...

ada satu masa nanti kita akan rasa yang kita ini kerdil sangat. tak mampu nak jaga walaupun diri kita sendiri. banyakkan berdoa kepada Allah ye sayang, semoga hati tenang untuk terima segalanya. may Allah bless you farah. :)

hibari ace said...

walaupun aku cuma stranger yg singgah kat blog ni sbb bw..
tp baca cerita awak pon rasa seriau. semoga segala-galanya berjalan lancar dan moga dipanjangkan umur dan hidup dengan baik dan sihat.amin..