Ilmu


Beramal dan Menyampaikan


Tuesday, October 30, 2012

terakhir kali.

assalamualaikum! :D


yeay..malam ni boleh berblog sebab line internet malam ni tetiba laju tanpa sebab diketahui..hihi so, aku nak merepek kat sini.

sebenarnya aku dah boring nak tulis operation again and again.


Jumaat lepas, 28/9/2012, aku undergo lagi satu operation and InsyaAllah ni untuk terakhir kali nya. sebab aku dah tak mampu and tak de daya dah nak lalui semua bende tu. penat. penat tau kene bius banyak2 kali. x-ray banyak2 kali.. scan banyak2 kali.. semua tu radiation.. :(  tercemar seluruh sistem badan..


Khamis pagi tu aku dah warded. menunggu nak operation Jumaat pagi tu pukul 9am kata nya. case yang pertama pada hari tu. normally, first case ni operation besar besaran. eh, case yg besar lah kiranya. lepas 3 bulan aku pakai halovest, tapi tak menjadi,tulang tak nak join,terpaksa lah buat operation. operation ni buat di Hospita Tengku Ampuan Afzan, (Kuantan General Hospital). so, yang akan conduct operation ni ialah doc lain.. Sir Zamzuri from UIA. beliau pakar tulang belakang, (spine surgeon).


lepas ade perbincangan antara kami, die ceritakan sikit tentang operation ni. actually, ada banyak cara yang boleh buat untuk orang patah leher ni. tapi kalau patah mcm aku punye, mmg tak de cara lain, operation je. kalau tak nak buat operation pun boleh, tapi nanti lama2 tulang belakang akan jadi tak stable lah.. kesan die jangka amsa panjang.. so, die akan masukkan screw dalam leher aku. doctor yang di KSH cakap die nak amek tulang peha aku, tapi Sir Zam ni, just masukkan screw 2 inci saja.


mereka akan belah kat leher aku.. mmg tinggi risiko die.. sebab kat leher tu lah tempat nak menelan (oesophagus), situ lah ada urat leher tempat lalu darah and tempat bernafas, related to nadi. bahaya tahu. doctor siap pesan, "kalau ada apa2 jadi pada awak masa operation, kami akan berhenti serta merta..especially non stop bleeding.."


*gulp gulp* hahaha tawakal saje lah.. Sir Zam ni tak pernah buat case mcm aku punya, so beliau panggil kawan beliau dari Kota Bharu yang juga merupakan spine surgeon. now, aku ade dua pakar untuk kerjakan leher aku.


pukul 7am aku dah bangun untuk bersiap. pukul 8am masuk bilik pembedahan, sebelum pembedahan tu, diorang bukak halovest yang aku pakai selama 3bulan ni.. bayangkan berapa ramai yang duduk keliling aku sbb dorang tak pernah tengok and tak pernah belajar pon pasal ni.. somehow aku rasa rimas and malu.. tapi bila fikir balik, why not aku sedekahkan je untuk diorang belajar.. insyaallah nnt boleh tolong orang lain pulak kan.. insyaallah..


lepas dibuka halovest tu, ringan nyeeeeeeeeeee kepala. tak terkata. sebak kot.ahaha then terus berbaring, dibius guna gas and cucuk, terus tertido.. sebelum tu mmg dah mengucap banyak2, dah selawat banyak2.. mmg tawakal beserah sajalah pada Allah. Dia Maha Mengetahui..


pembedahan kali ni mmg lama. 7jam secara total. 5jam mereka bertungkus lumus nak masukkan screw dua inci dalam leher aku, di mana tempat nya tersangat lah sempit,sukar dan kritikal. 2jam aku amek amsa untuk sedar.. part nak sedar tu mmg menagis lah aku.. akak nurse kiri kanan telinga dok memekik.. "farah, farah, bangun. farah...bangun" .. sampai satu masa aku sedar, aku dengar diorang panggil nama aku.. TAPI, aku tak boleh buka mata, tak boleh bercakap dan tak boleh bergerak. LANSUNG TAK BOLEH.. masa tu dah fikir.. 'adakah aku koma?" aku mmg suke fikir negatif kan? :(


tapi,alhamdulillah, Allah Maha Besar, aku sedar.. and ditolak keluar dari bilik pembedahan..tidur tidur tidur.. everytime aku sedar, sakit kat tekak tersangat perit tak terkata.. nak telan air liur kene fikir sepuluh kali then baru boleh teruskan hajat..mmg sakit..sbb dorang rodok masuk tekak aku kan..sakit sangat..almost seminggu lah aku tanggung sakit tu.. leher aku takde masalah..alhamdulillah..


eh eh youolls, diorang bagi aku ubat tahan sakit apa tau....... MORPHINE. HAHAHAHAHAHA aku dapat morphine..serious tak percaya.. so,dorang cucuk wayar tu kat somewhere into my hand, and every 5minutes kalau aku sakit,aku just picit that button.. morphine yang aku dapat tak buat aku mabuk atau berada di awangan..cume buat hilang sakit and mengantuk.. tu tak syok..sbb aku expect ubat tahan sakit yang boleh buat aku mabuk..hahaha ketagih dah aku ni haaaaa..


dalam masa beberapa hari lepas operation tu, dengan wayar kencing, wayar ubat tahan sakit, wayar kat leher untuk keluarkan darah kotor and wayar masuk air.. mmg berbelit2 kat tubuh.. semua aku tak kisah kecuali wayar kencing..benci betei wayar kencing..haha sakit wwoooooo.. ngilu tahuu..hahahahahaha so,lepas aku sedar tu,aku terus nak bukak wayar kencing tu.. aku gigih berusaha untuk angkat punggung aku semata2 nak yakinkan mereka yang aku tak perlukan wayar tu.. semangat kene kuat korang..alhamdulillah i did it.. ;)


aku stay kat ward orthopedic kelas 3..tapi dalam bilik.. sampai lah ada sorang tu sakit kritikal, doctor pun suruh aku pindah ward kelas 1.. takut infection katanya..so, aku pun dipindahkan la di ward kelas satu sebelah ward diraja kat tingkat 8..tinggi tahu..haaa kuman2 semua tak mampu terbang naik atas.. selamat sikit..


and aku rasa itu sahaja tentang operation yang aku nak tulis.. alhamdulillah.. terima kasih untuk semua yang mendoakan.. thanks sangat.. semoga Allah membalas segala doa kamu semua.. :)


nak masukkan gambar x-ray yang nampak screw tu.. tapi xray semua doctor pegang.insyaallah kalau ade rezeki, 28 November nnt aku masukkan.. :DD siapa seriau, please jangan tengok..aku tak bertanggungjawab atas jantung korang..hahahah




me, now. :)




hidung bertanda macam kucing. hihi sekarang dalam usaha untuk melembutkan kaki.. caranya: berjalan dari shopping complex ke shopping complex yang lain.. :pp

dan jugak nak hilangkan parut kucing kat hidung tu, gunakaln DERMATIX. insyaallah.. sangat berkesan..

dan juga dalam usaha mengekal berat badan..kihkihkih :DD

yang aku pakai sekarang tu nama dia Philadelphia collar neck.. insyaallah kene pakai selama 6minggu dan waktu itu insyaallah akan berakhir pada 28 November 2011 ini.. insyaallah..




post seterusnya aku nak ceritakan tentang perkara gigi.. hihihihihi bye semuaaaa.. mahu tidur sudah.. assalamualaikum.. :)








14 comments:

Anonymous said...

Salam Farah,

Dalam hidup ini,sentiasa ada cabaran yang mendatang.Penting sekali,bagaimana untuk kita mengatasi segala cabaran.

Alhamdulillah,segala sakit ini Farah anggap sebagai penghapus dosa.Alhamdulillah,Farah berjaya harungi setiap apa yang berlaku.:)

Jangan mengalah,bangkitlah demi kehidupan yang mendatang.:)

Anonymous said...

be strong farah. :)

Unknown said...

hai dik...nie abg kayrol....abg kayrol berbanyak syukur kpada Allah kerana doa abg dan mak dkabulkn tuhan...walaupun duk jauh kitaorang slalu ingat kat farah...ayah slalu sbut...mcm mne anak dia...maafkn abg..skrg abg tiada klapangan lagi utk pergi mlawat farah....Insya Allah...nnti sampailah...Abg akan teruskan bdoa agar farah cepat sembuh....family kat sni rindukan senyuman dan gelak katawa farah..

Ms. Farah said...

anons: thanks.. insyaallah doa kalian jugak turut membantu..semoga Allah membalas segala doa korang.. :)


abang: takpe bang..bulan dec saya nak balik dungun dah..kalau ade kelapangan,saya g kemaman.. hihi

Amierah Nabillah said...

Farah :) You're very strong :) Alhamdulillah everything's going on okay for you. Bella doakan Farah akan sembuh cepat. May Allah bless you dear :)

!..fatinabdwahab..! said...

Farah, InsyaAllah kau cepat sembuh. Banyakkan berdoa, dan dekatkan diri pada Allah. Jangan lupa tinggal solat. :)

Btw, lama tak jumpa kau, sekarang kau nampak lain sikit, bertambah chubby, tapi kau tetap yang TERCOMEL. :)

anonymous said...

lepas ni boleh la shopping sesama farah hihi. be strong dear. :) p/s; makin hari makin cantekk woot woot!

Ms. Farah said...

amierah nabillah: thanks..ahamdulillah lah..Allah tak uji kalau kite tak mampu kan.. ;)

Ms. Farah said...

fatin:hahaha tu tragis..badan semua dah kurus..pipi gemok mcm tu sbb pakai collar neck tu.. Kalau tak,kurus je..hihi

Ms. Farah said...

finaaaaa.. Boleh jee..balik melaka boleh lah berjalan bersama.hihi belum secantik awak lagi.. :p

LienaTemowk said...

Comey Farahh!! Alhamdulillah semuanya selamat. Dah makin sihat. Seronok tengok kamu senyum. :)

Unknown said...

Seriously rindu sgt kat adik along yg sorang nie.. Lega tgk farrah makin ok n MAKIN KURUS!! ahks.. tu yg penting.. Insya-Allah ade umo kite nnt jumpa..
keep in touch tau nie no along 012-7699757

Ms. Farah said...

hari tu balik melaka.kak aini tak balik pun..haha takpe lah..nnt kite gather ramai2.. :)

Ms. Farah said...

hari tu balik melaka.kak aini tak balik pun..haha takpe lah..nnt kite gather ramai2.. :)