Ilmu


Beramal dan Menyampaikan


Thursday, August 2, 2012

JUN DAN JULAI TERSEMAT DALAM KALBU.



assalamualaikum.

sempena hampir 2 bulan aku accident, aku nak jugak tulis post yg sekian lama bersawang dalam kepala dan minda ni.

cuti sekolah lepas,aku and Family pergi bercuti. this time bercuti kat Bandung and Jakarta. maklong lah...dah nak raya kann..dipendekkan cerita, kiteorg balik melaka. and day after that, Mama, Fahmi and Ayin balik ke lubuk masing2.. tinggal lah aku, Ayah and Adek bertiga di rumah melaka.

Ahad akan tiba, cik Farah (aku lah tu) nak pulang ke lubuk aku di satu daerah di Terengganu. jadi, kami bertiga akan pulang ke Kuantan pada Jumaat. malangnya, Jumaat tu ayah ade meeting. jadi, kami tunda untuk balik pada hari Sabtu.



Sabtu, 9 Jun 2012.

bertolak dari rumah sekitar 3petang. then singgah makan tengahari kat Pizza Hut Tangkak. teruskan perjalanan and sampai di Segamat, ayah berhenti tuang minyak. then tiba2 ayah suruh aku drive. maklong lah..dah ade lesen,so kene lah biasa2kan dgn jalan keramat tu. keramat sebab kami 1 family mmg akan lalu jalan tu utk balik Kuantan atau ke Melaka dan akan lalu jalan tu sekurang-kurang nya 2minggu sekali.


setelah 1 jam lebih memandu dengan penuh kejayaan, *first time long distance* , sampai je kat jalan Keratong 10, ade 1 kereta Viva putih tiba2 masuk lane aku, lumrah la kita akan mengelak kan. oh ye. kereta yg dipandu aku tu Mitsubishi Pajero Sport. *entah cemana susunan die* .. Encik Viva putih ni die dah potong 4 biji kereta, then die nak masuk lane die semula, tapi tak lepas. tu die terlajak dalam lane aku. kawan2, standard lah bawak 110km/h sbb aku nak potong lori. :3 .. bukan salah aku sbb mmg ade lane utk lori and ade lane untuk speed. and dalam dunia ni,ade ke org turun bukit boleh memotong eh?


sedang2 aku mengelak kereta Viva gile tu, ayah yg tgah duduk sebelah aku,paut stereng. haruslah die berbuat demikian sebab cuak dan panik. stereng kereta dah la power stereng. ringan gile. mungkin terpaut kuat sangat, kereta aku berpusing2. masa die berpusing pertama kali,aku ingat dan sedar. lepas tu aku dah black out. cerita yg kami dengar, kereta kami terjun dalam gaung seberang jalan. ini sekeping gambar keadaan kereta setelah accident.


ada banyak lagi gambar, tapi setakat ni, ni je ada. yg lain2 akan diupdate kemmudian. insayaallah.

Astaghfirullah. korang boleh bayang perasaan kami? aku bersyukur sangat sebab aku masih hidup. menangis tak berenti aku. sbb Allah bagi peluang pada aku untuk bertaubat. diceritakan lagi, adek aku, tercampak keluar dari kereta. die duduk di seat belakang. and ayah cerita masa tu, beliau sedar waktu bomba bukak seat belt beliau untuk keluarkan beliau. beliau pastikan kami berdua ade dekat dengan beliau. kasih seorang ayah. (: aku?terus tak sedar apa2. lemahnya aku.


kami dibawa ke Hospital Muadzam Shah, kire berdekatan lah.10km saja dari tempat kejadian. sampai sana aku sedar. dan aku blur. aku tahu aku accident, tp aku blur. aku tak boleh bergerak lansung. aku just nampak adek aku,fahmi tgah teman aku. aku suruh die message kekasih aku waktu tu, utk bgtau yg aku accident.. and dorang semua pakat2 nak transfer kiteorg ke Hospital Besar Kuantan.


aku sedar waktu dalam ambulance itu and sikit pon aku tak rasa sakit. aku tak tahu mcm mana nurse and doctor discover kat mana aku sakit. biarlah.dah kerja mereka. malang untuk kami, ade 2 je ambulance. kami bertiga. jadi penyelesaiannya, aku and ayah masuk 1 ambulance. sbb ayah sedar, and aku sedar. tapi adek aku masa tu, koma. tak buka mata. tak de respon apa2. die paling teruk waktu tu. sekejap je.aku dah sampai Kuantan. terus aku black out semula.


smpai sana aku terjaga and aku dah ada dalam wad. cari adik aku, fahmi untuk tanya kalau2 ada balasan dari si kekasih hati. tapi hampa. ya. waktu itu aku sangat memerlukan dia. sebab die sumber kekuatan aku. die pendorong kejayaan aku. waktu itu, aku hampa sangat.sangat. tapi aku biarkan saja perasaan tu memandangkan waktu tu si kekasih tgah final exam. tertidur lagi. dan sedar hanya untuk buang air.


2malam di Hospital Besar Kuantan, tapi tiada apa2 rawatan untuk aku. tiada. takde. tiada apa selain dari tangan yg bersimen dan juga rahang aku semakin membengkak. membuatkan muka aku lari, bersegi waktu itu.aku dapat rasa. dan aku boleh nampak sendiri pipi aku besar bersegi. dah 2 malam tanpa ade rawatan, mama putuskan utk transfer kami ke Specialist Hospital, Alor Akar.


11 Jun 2012

petang tu aku ditukarkan. aku paling awal tiba di sana. and aku sedar sebab terlalu sakit. sakit sangat. dan waktu itu,kali pertama aku menangis dek kerana terlalu sakit dan tak tahan. untuk pengetahuan korang, aku tak pernanh nanges sebab sakit. dan itu kali pertama. dah puas merengek, nurse bg aku ubat pelali. nikmat waktu itu, aku dan Allah saja yang tahu. tiba2, datang seorang lelaki berbaju kemeja merah muda. dia lah. manusia yang aku tunggu2. yg aku perlu. si kekasih hati. aku ingat riak wajah dia waktu itu,.air muka die. sedih. tapi aku boleh senyum. sebab aku tahu dia sayang aku. tapi aku lali, tertidur.


sedar,dan berada di wad. Ben datang.kawan baik aku. gembira.mereka yg terawal, mereka yg aku perlukan untuk suntik semangat aku. adek aku masih tak sedar. ayah sedar dan cedera beliau tak seberapa. hanya patah di bahu. patah remuk. hancur luluh tulang beliau. begitu juga adek aku. kecederaan lain yg die alami, retak tengkorak kepala dan patah tulang tgn serta patah tulang bahu. aku? patah leher, patah rahang, tangan retak, rettak dagu, luka di kepala dan kaki, patah gigi.


12 Jun 2012

sekali lagi, kawan baik aku. Pikah datang melawat bersama kawan masa sekolah aku dulu. sebak rasanya sebab dah lama sangat tak berjumpa. terima kasih. (:
alhamdulillah aku masih bernyawa. para doctor yang merawat kata aku sangat beruntung kerana masih mampu bergerak dan bernyawa. leher patah di C2, dekat sangat dengan saraf tunjang. tahu apa jadi kalau terkene pada saraf tunjang? lumpuh seumur hidup. alhamdulillah syukur. aku masih bernyawa dan mampu bergerak. setiap waktu ketika tu aku berasa sakit yang amat. sakit bukan kepalang. diberi ubat tahan sakit untuk aku tidur. lega rasanya. dan tidur saja lah kerja aku sepanjang waktu sakit. aku dah mampu menaip message. si kekasih hati sibuk melayan aku. tapi aku tak berdaya. lelap.


13 Jun 2012

menunggu. tak kunjung tiba. hari berlalu sebegitu. menahan sakit. adek ke bilik pembedahan untuk masukkan besi dalam bahu beliau.


14 Jun 2012

hari ni hari besar untuk ayah. giliran ayah masuk ke dalam bilik pembedahan untuk masukkan besi dalam bahu beliau yg remuk. aku? tak de apa. menunggu. dan tiba. (: terima kasih awak.

entah bila, aku dipakaikan halovest. hari yg sama mungkin. sebelum ni aku pakai something yg diikat kat katil,diberatkan dengan 2kg tong air. semuanya sebab tak nak bg aku bergerak. kemungkinan untuk lumpuh itu,ada.

halovest

ni lah die bende alah besi di atas kepala aku. 2 screw di depan,ditebuk ke dalam dahi aku. dan dua di belakang, di masuk kan ke dalam kepala lah. sakit? tak sakit. cume kurang selesa dan pergerakkan sangat terbatas. dan terasa diri aku sangat asing bg orang sekeliliang yang datang melawat , menjenguk dan menjengah. untuk nurse jugak. mereka jarang melihat. apatah lagi menjaga. cekal kan aje lah hati and yakin aje lah. :p


20 Jun 2012


hari ni, hari besar untuk aku. aku masuk bilik pembedahan untuk operasi rahang dan muka yang membengkak dan bersegi. sakit tak tertanggung. sangat mendebarkan aku. sebab sebelum operation tu, doctor jelaskan kat aku, ini ialah major operation. aku akan dibius ikut hidung sehingga ke tekak. dan aku dalam keadaan sedar. lepas tu,akan dimasukkan ke dalam Intensive Care Unit, ICU. dalam fikiran aku, ICU ni untuk orang yang tenat amat je.aku risau. ayah datang and cakap, "tenang aje. kak long kan kuat. ayah pun takut masa masuk operation room. tapi,kak long jangan risau. yakin lah. selawat banyak2, mengucap banyak2.." sambil die gosok kaki aku.


sakit akan hilang kalau orang dok gosok tangan or kaki kita. ini tak tipu.secara psikologi nye pun,bende ni betul. nak pulak orang yg kita sayang, buatkan. (:  pesanan si kekasih hati, "awak jangan risau, doctor kat sana semua berpengalaman.. jangan risau..semua pakar.. " tapi, pesanan ayah mahupun si kekasih hati aku tak boleh terima. mcm mana nak terima, aku case pertama sepanjang doctor tu bekerja selama 30 tahun lebih. siapa boleh terima, aku salute. huu


mama and si kekasih hati teman aku smpai ke bilik pembedahan. *sounds very skema* -.-  aku dibius ikut hidung. dimasukkan tiub dari hidung sehingga ke tekak. disuruh sedut ubat ikut hidung, aku lemas. dan lelap.


tersedar lepas je operation, alhamdulillah. diberi ubat tidur semula. lelap.

tersedar mama masuk, and ade alat pernafasan yg tak pernah aku nampak. disebabkan aku tak boleh bercakap apatah lagi membuka mulut, tiub dimasukkan sehingga ke ruang pernafasan aku. sakit. batuk dan berkahak. nak meletup kepala. sakit. dengan tiub kencing. lagi sakit. dan geli. namun, alhamdulillah, masih bernyawa. ada kesempatan untuk bertaubat.


21 Jun 2012

masih di ICU. progress semakin baik. masih memakai topeng pernafasan. setiap kali waktu melawat, mama and ayah serta adik2 datang melawat. hilang semua sakit. si kekasih hati turut serta. rindu. tak mampu bercakap. hanya memandang dan senyum. rindu.

hari yg sama, aku masuk ward biasa. kembali ke bilik asal. seperti biasa. kekasih melayan aku. hilang sakit.


 27 Jun 2012

keluar hospital. alhamdulillah. hampir sebulan. (: terima kasih kepada akak dan adik2 nurse yang susah payah jaga aku. to mama , ayah, adek2 and nenek. dan juga kepada si kekasih hati. terima kasih. semoga Allah membalas perkara baik yg kamu buat. doctor juga. terima kasih atas segala masa dan tenaga.


28 Jun 2012

10 pagi. tiba tiba ayah sakit. gelap mata katanya. baring sekejap dalam bilik. sakit dada pula menyerang. dibawa ke hospital yg asal. hanya mama dan ayah. aku di rumah. berfikir. sakit apa agaknya ayah. bertenang dan berdoa semoga semua selamat.


diberitahu yg ayah ade komplikasi jantung. sumpah aku terkejut. sebab ayah seorang yg sangat aktif, jaga pemakanan. tak mungkin ada sakit jantung. kuasa Allah. apa sahaja boleh jadi. malam tu, ayah masuk sekali lagi dan kali ini untuk operasi jantung. tetapi kali ini di Hospital Besar Kuantan kerana hospital ini pusat jantung die 24 hours. semoga semua selamat. ya Allah. sebak hati aku.



29 Jun 2012

diberitahu ayah tak sedar. doctor sengaja bagi ubat tidur, untuk elak sakit. ya Allah. perasaan aku? tenang. sebab aku yakin semuanya akan selamat. ayah seorang yg kuat.


1 July 2012

7am. pagi ni ade temu janji dengan doctor. temu janji untuk rahang. tak sabar. lepas ni boleh makan. (: tiba-tiba, mama dapat call dari hospital, katanya ayah tak stabil. mama terus ke hospital bersama adik2. aku tunggu di rumah. terlintas di hati, ayah akan pergi. dan sangkaan aku tepat. fahmi call and bgtau ayah dah takde. meraung sekuat hati aku. melepaskan geram. geram pada siapa? itu takdir Allah. memujuk hati sendiri. Allah sedihnya aku. besar ujian kali ini.


segala perasaan terlintas. aku ke yang buat ayah meninggal?salah aku ke? kalau aku tak drive hari tu, semua tak jd mcm ni. kenapa kalau? itu takdir Allah. aku pujuk hati aku. setiap kali ditimpa musibah, tiada 1 ayat yg mampu tenangkan aku selain "setiap yang berlaku pasati ada hikmahnya" . ya. aku sangat memegang kata2 itu. dan hanya tu buat hati aku jd tenang. atas setiap kehilangan, harap lah Allah akan memberi ganti yang lebih baik. itu aku baca dari sebuah buku.


lantas aku pula menuju ke hospital. sewaktu ayah dah tiada. tiada. dan aku tak kan mampu untuk bercakap dengan beliau sampai bila pun. hanya jasad dia sahaja seolah2 tidur. buat aku jd keliru. betul ke ayah dah takde. aku pegang tangan ayah sekuat hati. maaf kan segala salah silap along pada ayah. dan halalkan segala2 yg ayah beri pada along sejak masih kecil hingga kini. maafkan semua nya. along sayang ayah. walau tak pernah terzahir dari mulut, tapi dalam hati, tetap ada doa untuk ayah. C:


ke Melaka. mama tak bg ikut. tapi aku berkeras. ayah yang pergi, aku akan turut serta teman ayah hingga ke kuburan. diam tanpa sepatah bicara. sebab setiap bicara pasti diselangi air mata yang galak mencurah. aku sakit. tak mampu bergerak. dalam diam kedaan sekeliling, air mata tak berhenti dan tak pernah habis. 4jam dalam kereta aku rasa tersangat lama.


setiba di Melaka, mencurah sakan air mata saat melihat rumah dipenuhi orang. pakcik van jenazah kata, mcm kenduri kahwin ramainya orang. ye. ayah aku disayangi dan disenangi semua orang. semua lapisan masyarakat. baik kanak2, belia, muda remaja dan tua. alhamdulillah.


dibawa ke masjid. dan untuk solat jenazah kali ketiga, masjid penuh. mcm solat jumaat. penuh. sekali lagi, alhamdulillah. 40 orang yg solatkan jenazah, insyallah, jenazah terlepas dari siksa kubur. tapi ini lebih. semasjid. alhamdulillah.


alhamdulillah. selesai jenazah dikebumikan selepas asar.


dan hari2 seterusnya disedekahkan yassin untuk beliau. anak anak tahfiz turut sama mengaji untuk beliau. sehingga 40 hari. tak tergambar perasaan aku. semoga ayah tenang di sana. ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman. insyaallah.


5 Julai 2012

ingat temu janji aku pada hari kematian ayah? batal. dan doctor telah sepakat untuk datang ke rumah aku di Melaka. alhamdulillah. Allah telah mudahkan urusan aku sekeluarga. datang ke rumah untuk buka getah yg mengikat gigi aku. senang. (: terima kasih doctor Anthony dan juga pembantu nya, kak Yati from Hospital Tawakal.


9 Julai 2012

kepala berdenyut. sakit tak mampu tidur. balik ke Kuantan untuk bertemu doctor yg merawat. Dr Zainuddin. teruk katanya. infection. kuman paling berbahaya di kepala aku. mana tidaknya, merata aku pergi.hingga ke kuburan. aku tak pelik. dengan keadaan aku yg menangis tanpa henti. sakit. semua sakit waktu tu. kekasih hati? masih setia melayani. terima kasih.


ditahan di wad. sehingga benar2 pulih. seminggu aku tahan sakit yg tak terkata taktala sang doctor bersihkan luka. mana tidaknya. kepala aku berlubang sebesar duet 5sen. dengan dalamnya sehingga nampak tulang tengkorak aku. perit. bertambah perit tika si kekasih mula jauhkan diri kerana aku keras kepala.


13 Julai 2012

masih sakit tak terkata. hati mula membengkak. si kekasih datang memujuk. terima kasih. terubat rindu. ye. rindu. minta maaf ye kekasih sebab sering lukakan kau.


keluar. dirawat di rumah oleh penjaga. siapa lagi kalau bukan mama dan nenek. mujur nenek seorang bekas jururawat. mampu juga beliau merawat cucu nya. oh ye. tentang adek aku yg kecil tu? sudah sembuh. boleh ke sekolah. tapi tidak sesekali dibenarkan membawa beg sekolah sendirian. pasti ada yg menemani die.


30 Julai 2012

aku bersedih hati. merajuk diri. si kekasih telah pergi setelah lama berdiam diri. atas sebab yang aku sendiri tak pasti.
kekasih, maaf kalau aku melukakan kau. aku tetap cintakan kau.
terima kasih atas segala nya.
aku tunggu.


dan sehingga entry ini ditaip, aku masih di rumah. menunggu detik 8 Ogos untuk operasi selanjutnya. mungkin 2 atau 3 lagi operasi yg diperlukan. aku tak pasti. segala nya bergantuang atas kesihatan aku. dengan izin Allah, aku akan pulih sepenuhnya dalam masa 1 bulan. boleh jalan seperti biasa. makan seperti biasa. melakukan aktiviti harian seperti biasa.


rindu rasanya nak menjamah nasi dan ayam. tapi apakan daya, tak mampu mengunyah. hanya nestum dan bubur jadi peneman. sampaikan badan tinggal tulang.


adek kecil aku, seperti selalu. masih berpantang makan. menunggu sehingga bulan 12 untuk dikeluarkan besi dari bahu nya.


ayah, semoga tenang di sana. along nak sangat ayah tahu, along dah semakin pulih. boleh bergerak sendiri. tapi masih memerlukan sokongan. ayah, semua dah pergi. ayah yang selalu bagi semangat and cakap along kuat dah tak de, kekasih yang ayah pernah kenal, dah takde. padahal dia tahu, dia lah sumber kekuatan along. pendorong. tapi mungkin tak tahan sudah dengan kerasnya kepala ni.degilnya hati ni. dia pun pergi. kalau lah ayah ada.....


setiap kali teringat ayah, apatah lagi menatap gambar-gambar ayah, kenangkan pengalaman kita bersama, bercuti bersama, mata yang seiras ayah ni tak pernah tak terbitkan air mata. rindu. rindu sangat. sampai bila-bila pun kami tetap rindu kan ayah. ayah jangan risau. anak anak ayah kat sini selalu doakan ayah. tak pernah putus. ayah dah didik kami dengan cara terbaik sekali. ayah tenang saja di sana. kami sayang ayah. (':


saya cinta ayah. (:

untuk kawan-kawan yang selalu memberi kata2 semangat, terima kasih. yg bersimpati, terima kasih. yg mendoakan, terima kasih. terima kasih. dugaan aku kali ni sangat hebat. sangat. tak tertanggung rasa nya. baik fizikal mahupun mental. baik di tubuh apatah lagi hati. tapi, aku masih tabah. masih kuat. dan aku tahu apa hikmah di sebalik ujian ini.


terima kasih ya Allah. (:








8 comments:

naddhy92 said...

salam takziah, farah. Allah xkan uji hamba Nya di luar kemampuan hambaNya. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman..

Big ) in :- said...

salam takziah, semoga ap yg terjadi x memetahkan smngat... kuatkan smngt.... wlopan teramat berat rsenye.... semoga cepat sembuh.... semoga cepat sihat.... semoga arwah sentiasa dccuri rahmat.... alfatihah...

Anonymous said...

be strong farah....walaupun hanya ucapan tp xmampu nk beri ap2...hanya kata2 semngat je.....Allah tahu kau mampu menghadapi ujian yg diberiNya....farah yg kami kenal kuat orangny....

:)

AiniNurana Ayop said...

Setaip yg berlaku pasti ade hikmahnye adikku..sabar n tabah.. along nk farah kuat begitu jgk ADIK2 terutama ayien.. Bukan utk sape utk kalian dan MAMA kalian jugak.. Kami sentiasa mendoakan kebahagian kalian. What ever we do,just remember, FAMILY 1ST!!

safina.razak said...

Farah,you're strong girl. mungkin dah banyak kali ko dengar orang cakap perkara yg sama, tapi percayalah, setiap apa yg berlaku hanya kerana Allah sayang kamu dan keluarga. I knw you'r strong enuf dear :)

sesiputsesedut said...

farah.. bersabarlah.. ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. jangan kau salahkan diri kau atas kejadian tu. semua telah tertulis.. banyakkan bersabar.. dan untuk kau, semoga cepat sembuh.. stay strong, jangan tunjuk yang kau lemah.. adik2 kau masih perlukan kau.. dan kau punya ramai kawan yang sudi membantu.. maaf, tak datang melawat..aku hanya mampu mendoakan kesihatan kau serta kesejahteraan ayah kau disana.. tabah ye farah.. :')

Nurul Hamizah said...

Farah, :')

InsyaAllah, Allah always knows what is the best for you.

Tingkatkan kebergantungan kepadaNya ye :)

Anonymous said...

masyaallah dik, banyakkan bersabar ye. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. semoga adik diberi kekuatan emosi untuk menghadapi semua ni. insyaallah hikmah yang besar menanti untuk kesabaran adik :)
Allah maha penyayang.